25.02.2013
Pagi tu tak macam kebiasaannya...selalunya, aku akn bangun terlebih dulu untuk kejut adik-adik solat subuh dan siap untuk ke sekolah...tapi pagi tu, aku terjaga dari tidur selepas dikejutkan oleh Ikmal, adik lelaki tunggalku..Waktu aku terjaga, dia dah pun siap untuk ke sekolah.. Sempat ku tanyakan pada dier sama ada dia da solat atau belum. Alhamdulillah, aku tak perlu marah pagi ni sebab dia sudah pon menunaikan tanggungjawabnya tanpa perlu disuruh.
Sebelum keluar dari rumah, dia sempat berpesan supaya abah tidak perlu pergi terlalu awal untuk sedikit urusan di sekolahnya..Tanpa aku sedar, itu adalah perbualan terakhir aku dengannya.
Jam 2.30 ptg, aku menghantar mesej (sms) kepada Ikmal untuk bertanya tentang hal persekolahan. Dia hanya membalas 'semuanye ok,,balik nanti jumpa ada benda org nk cerita' ..hatiku tidak sabar menunggu untuk pulang...Pasti ada cerita yang mencuit hati ingin dia sampaikan padaku..
5.00 ptg - aku balik kerja macam biasa...Lebih kurang setengah jam, sampai lah ke rumah.. mataku sibuk mencari adik lelaki ku... Kebiasaannya, dia ada di Court badminton berhampiran tempat aku letak kereta.. sampai depan pintu rumah,aku nampak abah sedang lena tidur atas kerusi sementara emak sedang menjaga adik bongsu ku...Aku segera bertanya pada mak mana Ikmal..Mak jawab ' Dia kata tadi nak main takraw kat depan....dia dengan Asyraf lah agaknya tu..( Asyraf adalah kawan baik Ikmal-macam belangkas)
Tiba-tiba, muncul sepupuku, Hafizi, dari luar rumah, dia menjerit 'MAKLONG , ABANG KEMAL EKSIDEN,,MATI' ......macam ada satu pisau tajam yang tiba-tiba menusuk jantung ku...marah aku mendengar perkataan budak kecil tu...Abah yang tadi lena terus terjaga dan mencapai kunci motor vespanya...Aku pula bergegas membawa mak dan adik bongsu ke tempat berlakunya kemalangan.
JALAN TNB BUKIT BADAK, klang...Tempat di mana ada 1 kubur lama yang kurang diketahui asal usul nya.
Sampai di tempat kejadian, orang ramai telah berkerumun di tempat tu... Ku lihat di sebelah kanan, motor YAMAHA RXS milik pak cik ku..... di tengah jalan, terkujur satu badan yang telah pun ditutup dengan surat khabar,,,,Aku dan mak mendekati jasad tersebut....Abah sedaya upaya menyembunyikan kesedihan lantas berkata kepada mak,,' Sabar banyak-banyak, anak kita dah takde....Allah sayang dia ',,,,.. Bercucuran air mata mak....Aku seperti tak percaya dengan apa yang aku lihat...betul ke kemal dah takda... Dia mcm tgh tidur..Cuma ada banyak darah keluar dari belakang kepalanya...Tiada kesan calar walau segaris pon pada tubuhnya...Subhanallah....Aku harap aku bermimpi...Cepatlah bangun kan aku...
Tanpa aku sedari, rupa-rupanya ada lagi satu jasad jauh dihadapan...Aku segera bertanya pada abah... Ya ALLAH, Asyraf juga terlibat dalam kemalangan...Tubuhnya diseret jauh oleh sebuah proton Wira yang dinaiki oleh seorang pemandu teksi yang tidak menyedari Arwah Asyraf berada di bawah keretanya sehinggalah kereta tersebut terhenti akibat tersangkut dengan sebijik batu di tepi jalan..
Menurut cerita mereka yang sampai dahulu di tempat kejadian, setelah berlanggar, Ikmal cuba bangun untuk menyelamatkan Asyraf. Akan tetapi, dia rebah dan terus menghembuskan nafas terakhir. Asyraf pula sempat untuk berjumpa ibunya sebelum di ajar mengucap dan meninggal dunia...Mereka berdua keluar menaiki motor tersebut kerana ingin membeli roti yang dikirim pakcik ku. Ikmal yang tidak sampai hati melihat pakcik yang tak sihat menawarkan diri untuk membantu..
Segera aku memberitahu kapada kakak dan adik ku... mereka juga seperti aku..Seakan tidak dapat menerimanya...Bagi mak pula, dia Redha...Sebab sebelum keluar rumah petang tu, Ikmal sempat memohon maaf atas setiap kesalahan yang telah dia lakukan...0 - 0 katanya..dia juga sempat memberitahu betapa dia menyayangi kami semua..dia berpesan kepada mak supaya jangan menangis, sebab kalau mak menangis, dia akan berdosa...Adik yang bongsu juga sempat bermain dengan satu-satunya abang sebelum dia pergi selama-lamanya.
Jam 7.30ptg - Baru muncul kelibat ambulans...dan kemudiannya diikuti dengan pegawai polis... Setelah selesai , barulah kedua-dua jenazah dibawa ke hospital. Sampai di bilik mayat, mereka memberitahu bahawa bedah siasat akan diadakan pada keesokan harinya...hati ku mula risau,,lalu segera ku menohon pada yang Esa, moga dipermudahkan segala urusan...Alhamdulillah...ada hamba Allah yang dapat mempercepatkan proses tersebut... Lebih kurang jam 11 tengah malam , kedua-dua jenazah di bawa pulang ke rumah masing-masing.
Malam tu aku rasa kosong...tiada perasaan..aku menemani jasad arwah yang terbujur kaku di hadapanku sehingga pagi.Sejuk tubuh badannya..tapi aneh, adikku seperti sedang lena tidur..terasa seperti aku ingin sekali tidur seperti dia.. Persiapan untuk pengkebumian arwah dilakukan segera supaya mudah..
26.02.2013
Keesokan pagi nya, saudara mara dan jiran mula datang ke rumah bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ikmal.... Ramai..terlalu ramai...Termasuk juga kawan-kawan dan guru-guru dariSekolah Menengah Sri Istana. Mereka datang secara berperingkat...Yang bukan Islam turut hadir. Rakan-rakan arwah turut bersama-sama membacakan Surah Yassin secara beramai-ramai..Sebak hatiku. Jam 10.00 pagi, arwah telah selesai dimandikan dan dikapankan. Oleh kerana ruang rumah yang agak sempit , abah mencadangkan supaya solat jenazah diadakan di court badminton, tempat setiap petang dia bermain takraw bersama arwah Asyraf dan beberapa kawan lain..
Alhamdulillah, urusan di kubur juga dipermudahkan Allah. Tanah perkuburan Selat Klang menjadi rumah terakhir adik ku, Muhd Ikmal Ismail. Muhd Asyraf Khan Abdul Razak pula, ibunya memilih untuk disemadikan di tanah perkuburan Bukit Badak...
Mengenang kembali keletah Ikmal dan Asyraf kekadang boleh membuat aku tersenyum..terkadang juga air mataku menitis dengan sendiri nya.. sungguh tak ku sangka, mereka pergi terlebih dahulu daripada ku. Asyraf seperti adik kandung Ikmal.. Setiap segala akan dikongsi bersama...mungkin sebab Ikmal adalah anak tumggal lelaki, dia berasa akrab dengan Asyraf. Mereka sering berkata bahawa akan menjaga satu sama lain setiap kali di tegur tentang keakraban mereka...
Lagu Black - TEMAN PENGGANTI adalah lagu yang sering mereka nyanyikan bersama.. disebabkan tu, setiap kali lagu tu kedengaran, hatiku menjadi terlalu sayu. sangat, sangat sayu....setiap lirik dalam lagu tu telah pon mereka sampaikan beberapa bulan sebelum pemergian mereka, tetapi, tiada siapa perasan bahawa mereka akan pergi bersama dan takkan kembali lagi...Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Muhammad Ikmal bin Ismail & Muhammad Asyraf Khan bin Abdul Razak...Amin Ya Rabbal Alamin
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Ulang *
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=dax8XfzdeL8